Tapis Dulu. Baru Ta'aruf.

Jangan Tunggu Dah Sayang,

Baru Tahu Tak Sekufu.

Jangan Tunggu Dah Sayang, Baru Tahu Tak Sekufu.

Khidmat Ta'aruf Tertutup Untuk Muslim Bujang, Duda & Janda Yang Serius Mahu Berkahwin Dengan Yang Sekufu.

Tiada Profil Umum
Tapisan Manual
Kad Tanpa Nama
Sesi Terurus Diselia
Tiada Profil Umum
Tapisan Manual
Kad Tanpa Nama
Sesi Terurus Diselia

Perkahwinan Bukan Eksperimen.

Jodoh tetap urusan Allah. SEKUFU tidak menjanjikan pasangan, tetapi membantu anda memulakan ikhtiar dengan proses yang lebih tertutup, tersaring dan terurus.

Satu Ikhtiar Yang Terhormat

Setiap langkah disusun supaya proses mencari pasangan berlaku dengan lebih tenang dan beradab.

Masa Depan Bukan Untuk Dipertaruhkan

Perkahwinan melibatkan emosi, keluarga, kewangan dan amanah yang panjang. Bukan keputusan untuk dibuat secara terburu-buru.

SEKUFU Susun Dengan Teliti dan Tertib

Setiap permohonan dinilai dan dipadankan secara manual supaya proses ta’aruf berlaku dengan lebih terkawal dan bertanggungjawab.

Sebelum Sayang, Semak Dulu.

Ramai bermula dengan rasa suka, tetapi hanya tahu perbezaan besar selepas hati mula terikat. SEKUFU membantu anda menapis perkara asas lebih awal, sebelum ta’aruf dimulakan.

Bukan Dating App

SEKUFU bukan ruang swipe, cuba-cuba atau sekadar berkenalan tanpa hala tuju.

Bukan Katalog Terbuka

Profil tidak dipamerkan kepada umum untuk dipilih sesuka hati.

Bukan Ruang Sembang

Tiada random DM, tiada chat bebas, dan tiada perbualan tanpa kawalan.

Tapis Dulu. Baru Ta’aruf.

Perkara asas disemak lebih awal sebelum perkenalan dimulakan dengan lebih tertib.

Apa Itu SEKUFU?

SEKUFU ialah ruang ta’aruf tertutup untuk Muslim yang serius mencari pasangan hidup. Dengan privasi yang dijaga, profil yang disaring, dan perkenalan yang diatur secara lebih tertib, selamat dan beradab.

Tapis Dulu. Baru Ta'aruf.

Dipadankan Dengan Teliti. Bukan Secara Rawak.

SEKUFU menilai perkara asas terlebih dahulu sebelum sesuatu perkenalan dimulakan. Daripada status, kesediaan dan hala tuju hidup, hingga kepada prinsip, keluarga dan nilai yang dibawa.

Penilaian
Manual
Nilai &
Hala Tuju
Tapis
Dahulu
Status &
Kesediaan
Keluarga &
Wali
Prinsip &
Nilai

Perjalanan Bersama SEKUFU.

Lapan langkah yang disusun dengan lebih tertib. Daripada semakan kelayakan sehingga sesi ta’aruf yang dipandu dengan adab dan kawalan privasi.

Langkah 1

Daftar & Bayaran Tapisan Awal

Isi maklumat asas dan sahkan persetujuan sebelum membuat bayaran.

Langkah 2

Borang Tapisan Awal RM99

Maklumat perkenalan diri dikumpulkan untuk proses penapisan.

Langkah 3

Penilaian Manual

Maklumat anda disemak oleh pihak SEKUFU secara tertutup.

Langkah 4

Kelulusan Akses Premium

Calon yang sesuai akan dijemput meneruskan ke peringkat seterusnya.

Langkah 8

Sesi Ta’aruf Diatur

Jika sesuai, sesi ta’aruf disusun dengan lebih tertib dan beradab.

Langkah 7

Kad Profil Tanpa Nama

Pengenalan awal dibuat tanpa mendedahkan identiti secara terbuka.

Langkah 6

Padanan Dalaman

SEKUFU menyemak kesesuaian calon secara lebih teliti.

Langkah 5

Borang Akses Premium RM299

Maklumat lebih mendalam dikumpulkan untuk proses padanan.

Bezakan Cara Anda.

Perasaan cinta biasa sering bermula dengan rasa, kemudian baru tersedar ada perkara asas yang tidak sekufu. SEKUFU menyusun langkah berbeza. Tapis dahulu, padankan dengan teliti, kemudian barulah ta’aruf dimulakan.

Proses Kebiasaan.

Mulakan dengan semakan awal untuk melihat kesesuaian asas.

Kenal Dahulu

Perkenalan bermula tanpa tapisan asas.

Mula Sayang

Emosi mula terikat sebelum perkara penting disemak.

Terjumpa Masalah Asas

Baru diketahui isu status, prinsip, keluarga, kesediaan atau hala tuju hidup.

Kecewa Kemudian

Akhirnya hubungan menjadi berat kerana asas tidak jelas sejak awal.

Proses SEKUFU.

Mulakan dengan semakan awal untuk melihat kesesuaian asas.

Tapis Dahulu

Perkara asas disemak sebelum perkenalan dimulakan.

Padanan Dinilai

Keserasian dilihat melalui status, kesediaan, prinsip dan hala tuju hidup.

Pertemuan Diatur

Perkenalan berlaku dalam proses yang lebih tertib dan terkawal.

Langkah Lebih Tenang

Ta’aruf bermula dengan lebih jelas, beradab dan tersaring.

Dua Peringkat. Satu Tujuan.

SEKUFU bermula dengan tapisan awal sebelum anda meneruskan ke akses premium. Setiap peringkat disusun supaya proses ta’aruf berlaku dengan lebih tertib, terkawal dan hanya untuk mereka yang benar-benar serius.

Tapisan Awal.

RM99

Semakan awal untuk menilai kesesuaian asas sebelum anda diteruskan ke peringkat seterusnya.

SEKUFU tidak menjual jodoh dan tidak menjamin pasangan. Bayaran ini adalah untuk proses tapisan, penilaian dan pengurusan ta’aruf yang lebih tersusun.

Bayaran permulaan untuk proses tapisan awal

Maklumat asas akan disemak secara manual

Jika tidak diluluskan, bayaran RM99 akan dipulangkan sepenuhnya

MAKLUMAN PENTING
Proses padanan diuruskan secara manual dan mungkin mengambil masa sehingga tiga (3) bulan. Jika padanan yang sesuai ditemui lebih awal, ia akan diatur lebih awal.

Akses Premium.

RM299

Peringkat lanjutan untuk calon yang telah diluluskan selepas tapisan awal.

SEKUFU tidak menjual jodoh dan tidak menjamin pasangan. Bayaran ini adalah untuk proses tapisan, penilaian dan pengurusan ta’aruf yang lebih tersusun.

Hanya untuk calon yang melepasi tapisan awal

Profil mendalam asas padanan yang diteliti secara manual oleh pasukan kami

Digunakan untuk proses padanan dan ta’aruf yang lebih teliti

MAKLUMAN PENTING
Proses padanan diuruskan secara manual dan mungkin mengambil masa sehingga tiga (3) bulan. Jika padanan yang sesuai ditemui lebih awal, ia akan diatur lebih awal.

Janji Dari SEKUFU

Privasi Anda,
Keutamaan Kami.

Profil anda tidak dipaparkan kepada umum, tidak dibuka untuk carian bebas, dan tidak digunakan untuk perbualan rawak. Setiap perkenalan hanya berlaku melalui proses yang dipandu dan terkawal.

Profil Tidak Terbuka
Tiada Random DM
Data Dalam Kawalan
Perkenalan Dipandu

Perkahwinan Bukan Eksperimen.

Jodoh tetap urusan Allah. SEKUFU tidak menjanjikan pasangan, tetapi membantu anda memulakan ikhtiar dengan proses yang lebih tertutup, tersaring dan terurus.

Satu Ikhtiar Yang Terhormat

Setiap langkah disusun supaya proses mencari pasangan berlaku dengan lebih tenang dan beradab.

Masa Depan Bukan Untuk Dipertaruhkan

Perkahwinan melibatkan emosi, keluarga, kewangan dan amanah yang panjang. Bukan keputusan untuk dibuat secara terburu-buru.

SEKUFU Susun Dengan Teliti dan Tertib

Setiap permohonan dinilai dan dipadankan secara manual supaya proses ta’aruf berlaku dengan lebih terkawal dan bertanggungjawab.

Soalan Lazim.

Jawapan ringkas tentang proses, bayaran, privasi dan tempoh padanan sebelum anda memulakan Tapisan Awal SEKUFU. Segala yang anda perlu tahu sebelum memulakan perjalanan bersama SEKUFU.

SEKUFU ialah platform ta'aruf tertutup untuk individu Muslim yang benar-benar serius dan bersedia untuk berkahwin. Setiap calon disaring secara manual, dan pasukan kami yang memadankan, bukan calon sendiri yang memilih.

Tidak sama sekali. Tiada sistem swipe, tiada carian bebas, dan tiada ruang sembang tanpa kawalan.

Tidak boleh. SEKUFU memadankan berdasarkan data yang disaring. Ini bukan katalog untuk anda pilih sendiri. Kami yang memilih bagi pihak anda dengan penuh ketelitian.

RM99 ialah yuran Tapisan Awal untuk mengesahkan kesungguhan calon, supaya ruang SEKUFU terhindar daripada mereka yang tidak serius. Jika permohonan tidak diluluskan, RM99 dipulangkan sepenuhnya.

Permohonan anda disemak dalam tempoh 24–72 jam. Jika lulus, anda menerima jemputan Akses Premium RM299. Jika tidak, wang anda dipulangkan sepenuhnya.

Kelayakan untuk dipadankan secara dalaman, kad profil tanpa nama untuk pertimbangan awal, pengesahan lanjut, pertemuan yang diatur terus oleh pasukan kami, bimbingan moderator, serta sesi pertemuan di lokasi yang sopan.

Kerana setiap padanan diteliti secara manual oleh pasukan kami (bukan algoritma), proses ini mungkin mengambil masa sehingga tiga (3) bulan selepas profil anda lengkap. Jika padanan yang sesuai ditemui lebih awal, kami aturkan lebih awal. Kualiti padanan sentiasa diutamakan.

Sebelum sebarang pertemuan diatur, anda akan menerima ringkasan profil calon berpadanan tanpa nama, gambar, atau butiran yang boleh mengenal pasti calon secara terus. Anda berhak bersetuju atau menolak berdasarkan kad ini sahaja, tanpa tekanan. Nama dan maklumat hubungan hanya dikongsi selepas kedua-dua pihak bersetuju dan pertemuan diatur oleh pasukan kami.

Tidak secara terus. Anda hanya menyemak kad profil tanpa nama dan memberi persetujuan. Pasukan kami yang menghubungi kedua-dua pihak secara berasingan untuk mendapatkan kebenaran, kemudian mengatur pertemuan pertama.

Tidak. Jodoh adalah ketetapan Allah SWT. Kami menyediakan ruang yang lebih bersih, tersusun, dan beradab supaya usaha anda tidak membuang masa serta emosi.

Muslim lelaki atau wanita, sama ada bujang, duda, atau janda yang serius mahu berkahwin. Fasa pertama dibuka kepada calon yang menetap atau bekerja di Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang.

Tidak secara automatik. Ia hanya akan dikongsi sebaik sahaja pertemuan fizikal telah rasmi diatur oleh pasukan kami.

Tidak sama sekali. Profil, gambar, dan latar belakang anda tidak dipaparkan kepada umum dan tidak boleh diakses secara bebas oleh sesiapa pun.

Tapis Dulu. Baru Ta'aruf.

Bersungguh Untuk Berkahwin? Mulakan Dengan Pendaftaran Tapisan Awal.

Jika anda serius mahu mencari pasangan hidup melalui proses ta’aruf yang lebih tertutup, tersaring dan terurus, mulakan langkah pertama dengan semakan kelayakan awal SEKUFU.

Tapisan Awal RM99 hanya dibuat selepas bayaran berjaya. Jika permohonan tidak diluluskan, bayaran RM99 akan dipulangkan sepenuhnya.